mlm nih just lepak kat oldtown sambil menulis, rindu dengan semua kenangan yg berpusing² dlm kepala di kedai kopi yg berlatar belakang kan "OLD TOWN".. dari kl, bawa ke melaka, pahit kopi manis gula masin garam lemak santan.. (aper aku ngarut nih?) hehe.. kenangan² yg aku simpan dan pendam sendiri..
takda yg menemani, aku sedikit kaku seorang, meja² laen smuer penuh dengan muda mudi yg sedang menghayati hiburan,berbual, gelak tawa, renung mata, tapi aku sunyi sepi seorang dalam lingkungan meja bulat yg kecil, dalam lingkungan dunia aku sendiri, yg terasing jauh, tenggelam dari suasana..
aku pasti, hannya aku seorang jer yg sedang kusyuk menulis tentang perasaan perasan hati sedniri yg sibuk memerhati keadaan sekeliling, aku pasti hannya aku sahaja yg sibuk menulis nota di dalam buku.. haha.. bukan tidak mahu bukak laptop, tapi aku memang takde laptop, aku tak mampu, aku tak reti, aku tak biasa.. huhu...
lagipun aku dahlamer tak menulis.. tangan dah kaku, asik sibuk menekan², takut terlupa macam mane nak tulis.. hehe.. tulisan cakar ayam nih dah berubah menjadi tulisan cakar beruang panda yang sedang stress di dalam zoo.. hahaha.. aku sendiri pun kadang² terpaksa mengerutkan dahi untuk membaca kembali..
aku jamah sedikit roti yg disapu dengan blackberry jem, teguk sedikit oldtown white cfe, sedap, dan memuaskan anak tekak.. dah lah, tak tau nak tulis ape, mari makan dan sambil melihat telatah manusia sekeliling.. nonton wayang best nih...
**aku nonton WATCHMAN mlm tadi, hampa, 12.40am hingga nak dekat kol 3 pagi yg membosankan, smuer WATCHMAN yg berlakon hannya menyaksikan adegan panas dan adegan tidur dengkur penonton dalam wayang.. aku? memerhati sambil ketawa.. haha...
Monday, March 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment