Friday, February 20, 2009

mati.

beberapa hari lalu, hosp nih penuh dengan orang ramai, wartawan dan pemberita (eh? bukan samer ker?)

rupa² nye ader seorang pelukis negara meninggal dunia beberapa hari yg lalu.. hmm..
time aruah dah meninggal, barulah ramai yg melawat..

biasernyer, orang yg dah mati barulah dapat anugerah pingat darjah kebesaran bla..bla..bla..
hmm, kehidupan, biaser lah tu, time hidup, sorang pun tak perasan, bile dah takder, baru nak bagi itu dan ini, bagi pun bersebap.. boleh pk kan sebapnyer? huhu.. kejam kan dunia?

aku terus terfikir, agaknyer, kalau aku mati nanti, ader tak orang yg seramai mcm nih datang ke hospital melawat aku n ader ker tak gaknyer nak bagi aku pingat dato ke haper ker... aku pun pelukis jugak... hmm...

ups, luper, aku pelukis murahan..



**perlu cepat keluar dari sini, kalau tak nanti aku mati, penuh lagi hospital nih.. huhu..

Thursday, February 19, 2009

the hardest part.

the hardest part is,
waking up without u...
without ur msg...
withour ur smile...
wihout ur voice...

Sunday, February 15, 2009

kambeng

menenang kan hati kan? nih anak kambing yg paling besar sekali keluar. 4.8kg, sian mak dier, raser cam tersiksa jer nak keluarkan anak dier nih.. macam maner gaknyer manusia plak kan? dan camner gaknyer kehidupan seorang suami lepas isterinya mengeluarkan kepala budak dari... huhuhu.. dalam maser 4 hari, berat dier dah bertambah jadi 6kg, purata perkembangan, sehari 350g. kempis tetek mak dier.. hahaha... bagi tahu aku kalau kau nak lihat gambar anak kambing yg sedang lahir, aku sangat berbesar hati untuk share, hehe..

selamat hari kekasih







selamat hari kekasih, walaupun terlambat diucap untuk kau orang, tapi takper, aku memang selalu lambat.. hehee.. ;D

**terima kasih kawan untuk laptop..

Friday, February 13, 2009

terima kasih cinta

pulang sebentar untuk mengucapkan..

"terima kasih cinta"

sesekali larikan diri dari masalah, indah jugak kan? ;)

jauh, tapi aku pasti dia mendengar...

terpaksa tangguhkan semuanya hannya kerana ikut rasa hati. tak mengapa, sekurang kurangnya, aku berusha.. ;) itu pun dah cukup, untuk aku yg tak seberapa.

hey, panjang umur nanti aku upload gambar bersama kambeng2 ku.. ;)

kepada kamu kamu, terima kasih kerana berdoa.. ;)

Tuesday, February 10, 2009

tumpang semangat

kesihatan semakin terjejas, spt arinih, aku tak kerjer semalam, rasa berat sangat nak bangun pagi semalam, bonda pun terpaksa temankan aku di rumah, tengah hari, aku rasa sangat2 tak selesa dengan keadaan camtu, so aku bangun, mandi, dan kluar berjalan.. hehe, bukan ape, rasa sangat2 memenatkan bila hannya terbaring, seperti menunggu mati rasernyer, so aku jalan2 kat jonker street, kali nih di siang hari. bosan, asip jalan malam jer, sesekali nak jugak kena cahaya matahari, mana tau, mungkin nih kali terakhir aku datang tempat yang sesak dengan ragam nih.

dulu aku takpernah mengerti dengan kehidupan seseorang yang serba kekurangan, manusia, takkan sedar selagi tidak terkena pada batang hidung sendiri, sukar untuk beringat sebelum terkena, dan bila sesuatu masalah datang menimpa, kadang kala kita boleh atasi sendiri, tapi kadang kala, kita akan perlukan seseorang untuk memberikan sedikit semangat untuk terus berjuang, dan kadang kala, kita akan menjadi tempat untuk seseorang bergantung, menagih semangat untuk mendorongnya, walaupun tidak diminta secara terus terang..

kadang kala kita tak sedar, seseorang yang memberikan semangat kepada kau, sedang menipu dirinya sendiri, dia sentiasa menasihati kau dengan kata2 semangat, mendorong diri kau untuk terus berusha, kau tak sedar sebenarnya, setiap suku2 kata2 yang keluar dari mulutnya itu, sebenarnya tidak hannya ditujukan kepada diri kau, tapi, untuk dirinya jugak.. tidak mahu kau mengetahui perkara sebenar, kerana risau kau akan kehilangan semangat. kehilangan segala semangat yang telah dia berikan untuk diri kau waktu kau lemah.

walaupun kau pernah bertanya kepadanya tentang kebenaran, tapi dia tetap akan menidakkannya, risau kau akan jatuh sakit semula, bunyi seperti sedikit pengorbanan dari dirinya, tapi dia takpernah fikirkan segala yang dikorbankan, hannya untuk melihat sedikit gelak tawa riang dari diri kau, kerana itu pun sudah cukup untuk mengubati dirinya. kerana memberi semangat kepada kau, bererti memberi semangat untuk dirinya sendiri.

after penat berjalan semalam, aku lepak makan baba laksa dulu, then baru balik, someting yg kau kena cuba kalau kau datang ke jonker walk, tapi make sure dulu kau jenis yg tak kesah dan boleh makan kat kedai cina ok?

don worry la, no poke maa~
;)

**lapar, tapi mata nih mengantuk sangat.

tenang


kadang2, kau perlukan seseorang ataupun sesuatu untuk menenangkan hati, merehat kan fikiran, cuba sedaya upaya untuk melupakan yang pahit, dan kadang kala sehingga terpaksa mengabaikan kenangan2 manis untuk mengelakkan dari menangis sendiri lagi. pergerakan juga agak terbatas, terpaksa mengelak dari tempat2 yang boleh membuatkan aku terfikir dan kecewa..


ini blacky, anjing aku, masih kecik lagi, baru putus susu, blacky suker giler minum susu kambing, best kan? hehehe.. aku masih tak faham dengan sesetengah golongan orang2 kita terlalu batak dan otordox dengan otak melayu yg malas untuk memikirkan sesuatu..

**cuti lagi, sakit kepala makin teruk, selsema tak kurang, sakit pinggang, dem!!

Monday, February 9, 2009

kemarin

kemarin aku ke kuala lumpur bersama seorang rakan, pada mulanya perancangan adalah untuk pergi ke kuala lumpur bersama hati yang aku sayang, tapi disebabkan masalah kerja dan hatinya, takper lah..

gerak dari mlk agak tengah hari, cox pada mulanya aku sangat2 malas nak g sorang, sekali member aku nih plak bleh nak serbey tempat gig minggu depan kat sremban, sangat exited dier cox akan keuadara lagu untuknya dari seseorang, hmm.. myspace, macam2 boleh jadi.. cinta buta..

sampai kl, aku tunggu paes untuk ambil album gambar majlis perkahwinan abg aku, macam tunggu kekasih yang takkan hadir rasernyer, hahaha... aku call ely ajak lepak samer, dier agak exited setelah aku racun dengan burger keluaran amareka, dier kelihatan agak tidak terurus.. hmm..

last2, aku terus ke rumah oat, borak2 dengan dier orang, criter pasal anjing, pasal kambing, pasal kehidupan, pasal hati dll, ambik album, lambung balik, b4 that, aku tinggalkan ely dengan sedikit nasihat, bkn nk tunjuk pandai dude, cuma aku bercerita dari pengalaman, thanks jed sebap sanggup ikut aku sampai ke mlm..

Wednesday, February 4, 2009

kisah kedai roti

aku melangkah masuk ke kedai roti, dah agak lama gak lah aku tak masuk kedai roti tu, stard lepas salah sorang pekerja kat situ tetibe tanyer aku dulu sekolah maner. then aku pilih2 roti yang aku suke, then aku g bayar..

"lama tak nampak, dah dekat seminggu lebih dah, biaser hari2 datang, g maner?"

boleh camtu? sorang gadis kiut2 bergigi besi yg jaga casher tegur aku. aku tersenyum sambil jawab.
"bercuti, baru balik bercuti"

bercuti lah sangat, aku tersenyum sambil menuju ke pintu keluar.


**jemput makan ;)

malam hari




malam tadi pusing2 di bandar melaka, berseorangan dari hospital, sampai ke bandar, setelah pusing2, aku buat keputusan untuk makan di old town, rindu dengan nasik lemak oldtown dan perasaan2 disitu, teringat pula bahawa aku ada sorang kawan yang tinggal di bandar. so aku call la makhluk halus nih.


"kau tengah bwat pe? aku kat dataran nih, meh datang"

dipendek kan cerita, makhluk halus nih malas nak bawak kua jimny nyer, so terpaksa lah aku pickup dier kat bukit beruang.
balik dari old town, si mangkuk hayun nih suh singgah petronas jap sebap dier sakit perut yg sangat2. meby sebap sambal nasaik lemak old town yg agak pedas untuk perut dier tu, berlari dier ke toilet, bile aku brenti kat petronas tu, aku pn masuk la gak kat toilet sebap nak terkucil.

si makhluk halus nih dah masuk dlm toilet dulu melepaskan hajatnya, jap g datang sorang mamat nih berbadan besar, berjalan sambil mengepit2 dan sedikit membongkok, dier ketuk pintu toilet tu dengan sekuat2 hati.

"broo~ payung dulu broo~, sakit perut sangat nih!!!"

member aku kat dalam diam jer, meby sedang berhempas pulas dengan hati sendiri. mamat badan besar nih ketuk lagi, kali nih lagi kuat.

"woi berak batu ker? aku sakit perut nih!! kua lah cepat!!"

dan dengan selambanya member aku yg masih berhempas pulas kat dlm toilet tu sound..

"CILAKE!!! HABIS TU AKU TAK SAKIT PERUT!!??"

**yey! tak sabar nak jumpa dengan orang yg nak aku jumpa.