Tuesday, February 10, 2009

tumpang semangat

kesihatan semakin terjejas, spt arinih, aku tak kerjer semalam, rasa berat sangat nak bangun pagi semalam, bonda pun terpaksa temankan aku di rumah, tengah hari, aku rasa sangat2 tak selesa dengan keadaan camtu, so aku bangun, mandi, dan kluar berjalan.. hehe, bukan ape, rasa sangat2 memenatkan bila hannya terbaring, seperti menunggu mati rasernyer, so aku jalan2 kat jonker street, kali nih di siang hari. bosan, asip jalan malam jer, sesekali nak jugak kena cahaya matahari, mana tau, mungkin nih kali terakhir aku datang tempat yang sesak dengan ragam nih.

dulu aku takpernah mengerti dengan kehidupan seseorang yang serba kekurangan, manusia, takkan sedar selagi tidak terkena pada batang hidung sendiri, sukar untuk beringat sebelum terkena, dan bila sesuatu masalah datang menimpa, kadang kala kita boleh atasi sendiri, tapi kadang kala, kita akan perlukan seseorang untuk memberikan sedikit semangat untuk terus berjuang, dan kadang kala, kita akan menjadi tempat untuk seseorang bergantung, menagih semangat untuk mendorongnya, walaupun tidak diminta secara terus terang..

kadang kala kita tak sedar, seseorang yang memberikan semangat kepada kau, sedang menipu dirinya sendiri, dia sentiasa menasihati kau dengan kata2 semangat, mendorong diri kau untuk terus berusha, kau tak sedar sebenarnya, setiap suku2 kata2 yang keluar dari mulutnya itu, sebenarnya tidak hannya ditujukan kepada diri kau, tapi, untuk dirinya jugak.. tidak mahu kau mengetahui perkara sebenar, kerana risau kau akan kehilangan semangat. kehilangan segala semangat yang telah dia berikan untuk diri kau waktu kau lemah.

walaupun kau pernah bertanya kepadanya tentang kebenaran, tapi dia tetap akan menidakkannya, risau kau akan jatuh sakit semula, bunyi seperti sedikit pengorbanan dari dirinya, tapi dia takpernah fikirkan segala yang dikorbankan, hannya untuk melihat sedikit gelak tawa riang dari diri kau, kerana itu pun sudah cukup untuk mengubati dirinya. kerana memberi semangat kepada kau, bererti memberi semangat untuk dirinya sendiri.

after penat berjalan semalam, aku lepak makan baba laksa dulu, then baru balik, someting yg kau kena cuba kalau kau datang ke jonker walk, tapi make sure dulu kau jenis yg tak kesah dan boleh makan kat kedai cina ok?

don worry la, no poke maa~
;)

**lapar, tapi mata nih mengantuk sangat.

2 comments:

  1. kadang trpaksa utk tidak berkata benar semata-mata hanya untuk menjaga hati org yg mendengar.

    *sedapnya laksa :)

    ReplyDelete