Monday, February 2, 2009

dalam diri ada diri aku.

aku tak tau lah tentang kau orang, tapi dalam diri aku, ada seorang lagi aku, pada mulanya aku rasakan ianya adalah suatu yang biasa, tapi bile aku yg dalam aku nih dapat memudaratkan aku, aku jadi takut dengan diri aku yang lagi satu tu. macam kuasa jahat yang boleh mempengaruhi aku untuk melakukan sesuatu.

tapi lama kelamaan, aku jadi lali dengan hasutan aku itu. tidak lagi mengawal 100% pemikiran, tapi boleh dijadikan teman untuk berbual.

seperti semasa aku kerja dulu, dia pernah mengajar ku terjun dari tingkat 4. syukur tuhan masih memberikan peluang untuk aku.

pernah aku rujuk perkara nih pada orang yg lebih tahu, cox maser tu dah terlalu teruk, tapi seperti yang aku jangkakan...

"kau nih ada saka nih"

pada mulanya aku bantai percayer gak, yer lah, tak melayu lah kalau tak percaya dengan bender2 nih, tapi lama kelamaan, aku rasa ianya hannya lah sesuatu yang aku ujudkan sendiri.

**bahaya, dia pernah ajar aku hilangkan diri

No comments:

Post a Comment