Monday, February 2, 2009

melancong?

pernah melancong? mesti pernah kan? paling tidak pun mengikuti rombongan meminang saudara mara terdekat anda ke negeri² lain :) ok lah tu, kira melancong jugak kan?

aku agak gemar berjalan2 nih, pergi tempat orang, sambil menjamu mata dengan panorama yang asing untuk diri sendiri, telatah orang yang tidak pernah di jangka, gadis2 yang asing dari lingkungan hidup, makanan asing yang boleh menimbulkan tanda tanya oleh makcik2 "boleh makan ke?" dan macam2 lagi. satu yang paling aku suka, ialah perasaan 'asing' yg akan mengalir dalam diri sendiri bila berjalan di tempat yang tidak pernah aku pergi. bagai drug, mengalir keseluruh badan, dan kadang2, akan menyebapkan bulu roma aku tegak ;)

untuk yang suka melancong sendiri, kat sini aku kongsi sikit barang2 yg bagi aku harus dibawa, tips2 yang aku rasa berguna untuk jadikan panduan, tapi ni semua bergantung pada tempat dan tempoh yang kau orang perlu ambik kira jugak la, ok?

1. pastikan kau punya satu beg kecil yg nipis, yang boleh di dipakai dalam baju, kegunaan nya? boleh taruk barang2 yang penting such as pasport, amagency money, cdt card dll yang kau rasa berharga. bila macam tu, kau tahu bender tu selamat berada kat badan kau.

2. pochbag, berguna untuk taruk duit untuk kau belanja, so takder la kau kener selok2 dalam baju nak ambik duit bila nak beli sesuatu, gajet2 pun boleh taruk dalam tu, mcm hf, ipod, dll. tapi diingatkan, sila jangan showoff kan gajet2 kau yg kau beli dengan mengikat perut 2-3 bulan gaji tu, risiko untuk kener curi akan naik beberapa peratus. ok? ;)

3. backpack. ok, kau pun tahu kan aper yg nak disumbat dalam tu? dan make sure kau masukkan barang dlm beg tu mengikut kepentingan nya, mana yang paling penting, kasi taruk atas la, senang nak ambil, so takder lah nanti kau perlu lambakkan segala khazanah dalam beg tu di airport semata2 nak ambik tuala lap muka yang kau taruk di bawah sekali.

4. peta. kau mesti taknak terlepas pergi ke tempat2 yang menarik bila dah sampai ke tempat orang, kalau boleh, sila rancang perjalanan anda, ala, bukan susah, google earth kan ada, kalau ada kenalan disitu, lagi best. bawa juga buku nota kecil untuk catat segala yang penting2 seperti alamat hotel, no fon polis yang boleh didapatkan di airport sewaktu sampai, tambang (supaya kau tak kena tipu), dan bagi yg lemah mengira, notakan sekali beberapa nilai wang yang telah ditukarkan ke nilai wang anda.

5. pakaian, bawa pakaian yang sesuai mengikut tempat yang kau nak pergi supaya tidak kelihatan seperti badut yg sedang membuat persembahan di tepi jalan, maksudnya, tak perlu lah kau bawa kasut fentau tajam dan kilat2 bila kau pergi bercuti di pulau, begitu juga baju tebal berbulu beruang kolar putih bila pergi ke tempat yg beriklim katulistiwa, makan space betul!! aku lebih selesa dengan sluar separa panjang, tshirt, slippers, dan topi.. dan kaca mata untuk kelihatan sedikit kacak. ;)

6. sila jangan buat muka ketat kau walaupun kau adalah ayahnda di kampung, mahupun ahli2 kongsi gelap di malaysia.


**ah, tak sabar untuk perjalanan seterusnya sebelum ajal... ;)

No comments:

Post a Comment