Friday, May 22, 2009

harga seorang kawan.

hf aku berbunyi tadi....

"kalau takder hal, jemput datang rumah seed, makcik ader buat kenduri sket, lagi satu ader bender makcik nak tunjuk kat kau....."


tetiber kepale aku teringat kan sesuatu....

hmm........

**tak dapat bayangkan macam mana seorang ibu menghadapi kehilangan yang paling besar sekali...

addict


aku : hye, saye baru kat sini, nak tumpang tanyer last time ader tengok tread u nak jual poecilotheria regalis dengan psalmopoeus irminia kan? still ader lagi tak?

eugnetj : ada lagi bro, u nak?

aku : braper eyh harge dier?

eugneth : regalis tu i bagi u myr45 n irminia i bagi u myr50.

aku : tak boleh nego lagi ker bro? irminia tu bagi 40 ker.. braper besar arr bro?

eugneth : ala bro, tu pun mura dah bro, regalis tu dlm 1inch, irminia kurang 1 inch..

aku : dedua female ke bro?

eugneth : aiyo, kecik lagi ma, susah mau beza..

aku : nhandu chromatus pun u ader kan? ok, i angkat tu skali, braper u boleh bagi kurang?

eugneth : ayo bro, itu white stripe birdeater sula takder la, ader orang dah beli..

aku : hmm... kurang lagi la broo...

eugneth : ok la ok la... dedua i bagi u myr90.

aku : ok bro, nanti next week i ambik.

dengan hati yang berbunga²... gaji owh gaji...



irminia

regalis

kurang selera berfikir.

malam tadi...
kepala aku berpusing² mencari hala tujuan, sekejap aku duduk, sekejap aku bangun dan masuk ke dalam bilik, kemudian aku keluar semula mengambil hf, lihat kalau² ada yg reply, kemudian aku masuk semula ke dalam blik, lepas tu g dapur, bukak peti sejuk..... waaaa... sungguh menyeramkan.. umpama rumah hantu mini... aku cakap plastik sampah, dan mula menyelongkar rumah hantu mini itu.. habes semua yang tak sedap mata aku pandang aku buang... hehehe.. time² mak aku takder adalah time yg paling sesuai untuk selongkar rumah hantu nya itu....

selesai, perut aku terasa lapar.. aku kembali duduk di depan tv, adeh.. "keliwon"... sesuatu yg kurang enak ditonton ketika berseorangan... lantas aku keluar, hidupkan enjen kereta, dan meluncur laju menghala ke bandar melaka, untuk apa? entah, meby untuk makan nasik lemak di old town...

sampai sahaja setengah jalan, aku berhenti sebentar di tepi, memandang ke hf... adeh, terasa malas pula.. huhuhu... lalu aku patah balik... huhu... pendirian yg tidak tetap...

aku memang selalu macam nih, bila sampai masa aku sedikit kebuntuan, aku akan kurang selera berfikir, dan ketika kurang selera untuk berfikir, macam² perkara yang akan terlintas untuk aku lakukan samaada dalam keadaan sedar mahupun tidak...

pernah sekali dulu, aku khayal menunggang motorsikal, dan bila aku tersedar, aku dah berada di bandar muar.. singgah di 7e, kemudian memandu semula pulang ke melaka... best kan?

keadan sama seperti sekarang, aku sangat malas untuk berfikir.... aku pun tak tau aper aku nak buat kat office yang sejuk nih... hmm...

Wednesday, May 20, 2009

semalam yg suram..

sebujur tubuh tegak kaku terbaring depan aku.. wajah nya ditutup dengan kain putih..
teringat masa dulu, aku pernah berlari dengan sebujur tubuh tegak kaku yg terbaring depan aku nih, sewaktu kami sama² bakar campak mercun dalam post guard.. pernah berlari ketawa bersama ketika dikejar pakguard apabila sama² masuk ke kawasan hostel prempuan semata² nak buat suprise kat gadisnya dengan melambakkan jambangan bunga ros merah di depan pintu bilik gadisnya yang sangat dia sayang.... pernah dia bergurau dengan aku dulu... "aku kawen, kau jadi pengapit kipas aku ok? kalau kau kawen.. hmm.. takyah pengapit, aku taruk kipas angin kaki jer sblah kau.."
aku gak pernah berseloroh denganya.. "a packet of weed, is like a packet of orgsm..."
"a woman that u love, is like full package of all kind drug that u take in your whole life" dia memang sorang mat bunga yg kental...

tapi tu cerita 4 tahun lepas...

keadaan sekeliling sangat memilukan, ibunya duduk di sisinya dengan al'quran, sambil membaca dan sedikit teresak², tanda tidak dapat menerima pemergian sekujur tubuh tegak kaku yg terbaring depan aku tu.. bengkak mata ibunya menangis bagaikan ditumbuk berkali² tepat ke mata.. tepat ke mata hati..

bapanya hannya diam duduk di luar pintu rumah, sambil memegang senaskah yasin.. sorang anak kecil, duduk di samping bapanya... muka yang bersahaja... tetapi sesekali berubah wajah, berkerut dahinya cuba memahamkan keadaan apa yang berlaku..

sejenak kemudian, dia terpandang sesuatu.. lalu beredar dari ayahnya, pergi ke pasu bunga, memetik bunga kertas.. dah terus ke ibunya.... jelas sekali aku dengar perbualan anak kecil itu... "kenapa mak nangis? nape along tido? along dah mati ke?" berkerut lagi dahi anak kecil tu bila ibunya hannya diam... ibunya merangkul anak kecil itu dan berbisik perlahan.. "along nak rehat..." anak kecil itu terpandang sesuatu di luar.. tersenyum, lalu dia berlari keluar rumah....

di kawasan perkuburan, sebelum allahyarham diturunkan ke lahadnya, sempat aku tolong buka ikatannya, aku selak kain yg menutupi mukanya, mukanya kelihatan biru, bibirnya mengelupas... keadaan menjadi semakin suram apabila si ibu mendukung adik kecilnya, berdiri di sisi dan berkata... "bagi salam kat along, lepas nih tak dapat jumpa along lagi..."


...... ... .... .. . . . . . . .


aku bersandar pada kereta...
dem!! mungkin macam tu lah keadaan sekeliling aku kalaulah minggu lepas...... hmm....
tapi aku yakin... dia puas dengan tindakannya.... jauh di sudut parking kereta, seseorang gadis bertudung, duduk bersendiri mendiam kan diri di dalam kereta...



allahyarham zuzaidan bin zulkipli
1985 - 2009
al fatihah....


**dia meminum racun dalam bilik tidurnya, tapi dalam C.O.D repot, tertulis dia keracunan..

Thursday, May 7, 2009

gadis comel yg degil..

mlm tadi, dengan keadaan manusia sedang sesak berhimpit² bergesel², aku mulakan bicara dengan sorang gadis yg sangat-sangat aku rindu.. dia datang samar² dalam kelipan lampu hijau yg menipu mata....

..."mana kau pergi? aku rindu sangat dengan bau kau"

aku tarik tangannya, dia duduk di atas peha ku dengan manja, merebahkan tubuhnya ke dadaku, merangkul erat bahu ku, sambil berbisik dengan manja, rapat di telinga kiri ku...

"sudah lah syg~ kau takboleh teruskan begini, bangun dari khayal kau, cuba hadapi kenyataan"

aku hannya diam, sedikit kucupan pada bahunya ku berikan.. sambil menarik nafas dengan panjang.. urghh.. aku rindu dengan bau nih...

..."plz, jangan tinggalkan aku, aku takut dengan keadaan begini"

aku rangkul pinggangnya dengan kuat, genggam bajunya... dia diam, aku terasa sedikit hembusaan nafasnya ke telingaku..

"tapi cet... .. . . .. . . . . ."


tanganku disentap sekuatnya sehingga aku terbangun dari sofa.. berdiri, kaki ku menggigil, tiada langsung daya.. dan aku rebah semula.. pipi aku ditampar²... kemudian dari jauh, aku dengar suara jimmy, samar², dan bergema.. "i've told u bro, stop taking that stupid stuff!"


**-bangun pagi tadi kepala aku sangat sakit..
-appoiment dengan doc kol 1. malasnyer...

Tuesday, May 5, 2009

sila ketuk kepala aku dengan kuat dari belakang bahagian kanan kepala..

...sampai aku pengsan dan hilang ingatan... dan bila aku bangun semula beberapa bulan atau mungkin tahun selepas koma akibat luka dan darah beku dalam kepala aku nih, aku nak lihat wajah kau disisi aku sambil mengenggam tangan aku, dan berkata.....

"hye sayang, dah lama aku tunggu kau disisi katil"

dan jika keluar soalan "siapa aku?" dari mulut aku sendiri, sila yakin kan aku, bahawa aku adalah crist martin...

hari nih..

aku pun tak tau kenape hari nih aku raser laen... jantung aku berdegup sangat kencang, macam ditekan², semua bender yg aku buat aku rasa tak kena, hilang tumpuan ketika makan sampai boleh tergigit lidah sendiri sampai koyak.. dem!!! designer aku dah mula tarik muka dengan aku harinih..

kau pernah bayangkan tak sekiranya kehidupan kau selepas ini penuh dengan kekesalan, penuh dengan tangis, dengan kegelapan, semua benda yg kau buat, terasa seperti ada saja yg tak kena, apa yang akan kau lakukan apabila kau kehilangan seseorang yg sangat² kau sayang? apa yg kau perlu lakukan apabila orang yg kau bergantung harapan hilang begitu sahaja..

"lupakan saja, semua manusia akan lalui semua nih"

memang senang cakap macam tu, aku pun pernah cakap gak pada sorang kawan aku yg kehilangan seseorang yg sangat berharga untuk dirinya... sekarang, tak guna cakap begitu pada aku... kerana aku pernah rasa kehilangan seorang ayah yg hidup bersama aku sejak aku kecil lagi, dan sekarang, mungkin aku akan kehilangan seorang lagi orang yg aku sayang lebih dari nyawa aku sendiri...

ingin tahu bagaimana rasanya? ok kepada sesiapa yg takpernah rasa kehilangan seseorang yg kau sayang, mari duduk, nyalakan sebatang rokok, dan dengar aku bercerita tentang perasaan aku..

sekarang nih, aku rasa jantung aku berdenyut dengan sangat kuat sekali, sangat² kuat, terasa aliran darah semakin penuh dalam jantung aku yg sangat kuat mengepam, terasa sangat sakit, umpama belon kecil yg diisi air sepenuh²nya dan menunggu masa untuk meletup tersiat dan mati!

terasa seperti sedang lemas dalam laut yg takder panghujung, setiap sedutan nafas aku dipenuhi air berbisa yg menyelinap masuk ke dalam setiap rongga² hidung, kemudian naik ke mata, memenuhi telinga yg membingitkan, dan akhirnya memenuhi setiap urat otak! bisa!!! sangat bisa!! lebih bagus mati dari merasa siksa macam nih!!

terasa seperti seluruh bulu roma aku meremang, seperti di cucuk berjuta jarum halus di setiap sudut kulit aku dari kaki sehingga ke muka. aku terasa macam nak koyak² kan setiap inci kulit aku agar tidak lagi terasa sakit yg sebegini, sakit mengoyakkan kan kulit pun tidak pedih macam nih!

aku rasa macam takder lagi esok, takder lagi lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan, takder lagi masa² yg akan datang, kehidupan aku sekarang bagaikan kiamat! sila sentap roh aku dari jasad sekuat²nya agar aku tak hilang pertimbangan!

setiap gerak geriku, setiap langkah aku, setiap perbuatan aku, penuh dengan memori dari kau! aku terasa seperti ingin mati agar tidak lagi dapat melihat kau lagi, yg sedang bergembira ketawa tersenyum berlari dengan orang laen!!

kenapa dunia nih terlalu kejam?!! mudahnya kau membuat aku jatuh cinta pada diri kau kemudian apabila aku dah hannyut jauh ke tengah, kau lepaskan pendayung, terjun ke laut dan tinggalkan aku seorang.. sayang, u know i can't swim....

aku rasakan macam ingin kunyah seberapa banyak ubat penenang yg aku ada agar aku dapat lena dan melupakan kau walau pun seketika, walaupun aku akui, kau juga tak pernah melepaskan aku dari pelukan erat yg penuh dengan kasih dan sayang dalam mainan mimpi aku sendiri.. walau aku akui, apabila aku bukak je mata keesokkan harinya, nama kau akan datang dahulu mengucapkan "selamat pagi sayang" dan bermain dalam fikiran lebih awal dari nama tuhan...



**sampai bila... aku harus menipu diri sendiri.. tuhan, tolong lah, beri aku satu lagi peluang, dan aku akan buat yg terbaik untuknya...

Was tun, wenn's brennt?






saje aku selam² tadi, tiba² teringat satu cerita lama yg pernah satu masa dulu aku gila² kan, habes semua kawan² aku, aku paksa tonton cerita nih.. zaman² muda², zaman darah masih panas, zaman jiwa pemberontak, zaman aku berpesta melompat memekik di jalan...

hm.. aku crita sikit.. crite nih mengisah kan sekumpulan anak muda group 36 yg mengamalkan cara hidup anarko kental gila babi.. setiap orang ada kebolehan masing², dan bila sudah dewasa, sesuatu telah berlaku akibat dari zaman remaja dulu, skrang, sesetengah dari mereka dah berjaya,sekarang, mereka cuba untuk dikumpulkan semula dan cuba menghapuskan bukti yg berada dalam quarentin polis.. kat situ lah timbul konflik² spt pendirian, kenangan, cinta lama, pegangan, dll..

banyak moral of the story yg kau boleh dapat, spt kesilapan yg telah dilakukan pada masa lalu, hannya boleh dibetulkan jika kau benar² berusha, tidak perlu menyesal, beside, hannya perlu mencuba... walaupun kadang kala tidak berjaya, setidak²nya kau mencuba..

cerita nih sangat best, balik nih aku teringin nak tengok lagi sekali.. sanggup aku bukak semula almari yg menyimpan barang² lama aku... sumpah best, kepada sesiapa kaki movie, tolong lah cari cerita nih dan aku nak dengar pendapat kau orang..



nih adalah scene yg paling aku suka....

**sial, aku tergigit lidah, blood melambak kluar dengan karipap sardine yg aku kunyah.. dem!!

melayu disko (malam selasa)

"woman, drug, n alcohol, is a same shits, if u take it seriously or more than u need, u'll end it with doing someting stupid n act like a loser..." sambil dia tarik cawan aku, n hulurkan sebotol redbull...

..."fuck u jimmy..... boleh tolong hantar aku balik rumah?"

Monday, May 4, 2009

tawa?

ramai orang yg baru kenal dengan aku akan mengata belakang...

"asal mamat nih cam tawar jer? cam tak berminat nak berbual"

"asal mamat nih cam tak berminat nak bergaul pun?"

"asal mamat nih sombong jer?"


sabtu lepas aku duduk berseloroh sambil makan sesorang di satu fast food kat hangtuah mall.. giler lamer tak makan pizza.. pedulikan dengan keadaan sekeliling, dengan bisik² halus, aku dapat rasakan, semua yg berada di dalam kedai tu sedang berbisik halus sambil memandang ke arah aku.. dari pelayan yg comel² ambil oder tadi, sampai lah sorang mamat dslr tanpa speed light bersama gfnya yg acah² lawa..

tah la, mungkin perasaan aku jer... eh? aper yg aku nak cerita kan tadi ha? adeh, lupe dah.. takper lah.. abaikan... kepala aku sakit, paint killer, come bebeh n make me high...

melayu disko (malam jumaat)

"manusia tu kan brubah-ubah.." kata sorang kawan yg sedang duduk sebelah aku sambil menikmati riuh rendah musik yg membingitkan..
..."sorry, aku bukan manusia" jawab aku.
..."satu tahun yg lepas, aku duduk di club macam nih sambil minumn beberapa botol heiniken, n skrang, aku still duduk di club sambil minum heneiken, beside, lebih banyak dari dulu."
"ha.. tu pun kira berubah la tu bang, dulu sikit, sekarang makin banyak."
..."bukan patutnya berubah kepada someting yg lebih baik ker jimmy?"
"aiyo bang, just drink n get drunk, it's not that bad lor bang"
..."ah ho tak minum ke jimmy?
"dulu dia minum kuat, but after kenal sama nancy, dia trus stop"
..."hmm.. i dlu pun pernah stop minum, pernah stop smoke"
"why eyh?"
..." i tukar smuer tu dengan someting yg lebih bermakna dlm my life"
"what? amoi ka?"
aku just diam...
..."kalau u nak tau, i balik mlk nih pun cox nak brubah, nak jadi lebih baik, mau jadi manusia."

jimmy just angguk tanpa pandang aku, tanda dah malas nak layan aku merepek. then someone datang kat dia n bisik someting.

"u mau balik pukul brapa tadi sik? before 1 ait? ok now u kena balik lambat sikit.. polis dah rush, pintu bawah dah tutup.. hahaha... u clear tak bro?"
..."tak"
"anyting krang, u call me, nanti i'll pay that police.."
aku diam je... hati dah tak kesah pun apa yg akan jadi pada diri aku sendiri.

..."jimmy, u mau kawen time umur u brapa?"
"ayyoo bang, u duduk termenung sini dari tadi cox pk pasai kawen ka? hahaha..."
aku capai rokok, gigit sebatang, pantas jimmy kluarkan zippo..
"chill la bang, kalau ada jodoh, tak kemana"


**n mlm tu aku ditahan kat balai polis melaka tengah smpai 5pagi sbp kandungan parasitamol berlebihan dlm urine.. aku plak bleh terlupa bawak surat doc. thanks jimmy, i know u pay that stupid police, btw, great b'day party..."