malam tadi...
kepala aku berpusing² mencari hala tujuan, sekejap aku duduk, sekejap aku bangun dan masuk ke dalam bilik, kemudian aku keluar semula mengambil hf, lihat kalau² ada yg reply, kemudian aku masuk semula ke dalam blik, lepas tu g dapur, bukak peti sejuk..... waaaa... sungguh menyeramkan.. umpama rumah hantu mini... aku cakap plastik sampah, dan mula menyelongkar rumah hantu mini itu.. habes semua yang tak sedap mata aku pandang aku buang... hehehe.. time² mak aku takder adalah time yg paling sesuai untuk selongkar rumah hantu nya itu....
selesai, perut aku terasa lapar.. aku kembali duduk di depan tv, adeh.. "keliwon"... sesuatu yg kurang enak ditonton ketika berseorangan... lantas aku keluar, hidupkan enjen kereta, dan meluncur laju menghala ke bandar melaka, untuk apa? entah, meby untuk makan nasik lemak di old town...
sampai sahaja setengah jalan, aku berhenti sebentar di tepi, memandang ke hf... adeh, terasa malas pula.. huhuhu... lalu aku patah balik... huhu... pendirian yg tidak tetap...
aku memang selalu macam nih, bila sampai masa aku sedikit kebuntuan, aku akan kurang selera berfikir, dan ketika kurang selera untuk berfikir, macam² perkara yang akan terlintas untuk aku lakukan samaada dalam keadaan sedar mahupun tidak...
pernah sekali dulu, aku khayal menunggang motorsikal, dan bila aku tersedar, aku dah berada di bandar muar.. singgah di 7e, kemudian memandu semula pulang ke melaka... best kan?
keadan sama seperti sekarang, aku sangat malas untuk berfikir.... aku pun tak tau aper aku nak buat kat office yang sejuk nih... hmm...
Friday, May 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment