Thursday, December 31, 2009
Abang badan ketul-ketul
tapi sekarang nh, dah boleh jadi kadam dalam satu rancangan bodoh bertajuk "mandi"..
Tuesday, December 29, 2009
...
Lama aku x menulis, bukan kerana xder bender yang nk diceritakan, tapi mungkin kerana aku sedar, segala yang akan tercatat, hannya baris2 kecewa, kesedihan, pengharapan, kerinduan yg dh lapuk untuk dibaca.. Benda yg sama... Yg pasti membosankan untuk kAu orang yg aku tak kenal baca...
Xperlulh aku ceritakn apa yg dh terjadi sepanjang tahun 2009 nih... Tahun yg sangat singkat utk aku.. Hey, aku akan keluar bandar bila sambutan tahun baru ni.. Percubaan untuk melepaskn diri dari menyMbut kedatangan tahun baru dengN cara lama... Mengasingkan diri dari teriak bung api pada malam tahun baru yg aku pasti akan digantikan dengan bunyi sayup hutan Katulistiwa.. Hm... Mungkin diselangi bunyik dengungAn didgeridoo.. Nnti aku kirimkn gambar untuk kamu ok...
:)
Tuesday, November 24, 2009
Monday, November 9, 2009
something is missing...
i hate how these dreams seem like reality. and when i wake up, the first thing i think about is how much i want you, and the second thing is how you can't be mine.
i've seen enough now, to know that beautiful things don't stay that way. somehow, i'm still pray... hoping you'll turn back and realize you've made a huge mistake.
it's love, i know...and i trust that, because my feelings for you grew into a gut instinct. i wasn't aware how it was, until it was over.
i'm not gonna lie, i made a few mistakes in my life. i never said the things i wanted to say, i never did the things i was supossed to do. and i regret it too.
he was different from me, or everyone else. he was yours, he 'loved' you...or so he said. but as always; the girl fell much, much harder for the boy.
i has no idea what goes on in your mind, you're so good at pretending. he will never know how many tears have fallen each night from me for you, or the endless hours that i wastes thinking...'maybe, just maybe.'
ever wondered what a breaking heart looks like? look in my eyes next time i see you, and tell me....
do you feel my pain?
no matter what i do, i always forget to forget you...
Tuesday, October 13, 2009
2 tahun.
Thursday, September 24, 2009
Thursday, September 17, 2009
Last minute plan..
Monday, September 7, 2009
Tuesday, September 1, 2009
Wednesday, July 15, 2009
Small Bagpack, n Single Shots Of Vodca.
Tuesday, June 30, 2009
kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai...
Berkasih Sayang Dengan Harapan.
Melepas Rindu Dendam Dengan Angan².
Tawa Nangis Dengan Kekosongan.
Nafsu, Cemburu, Hilang Dalam Kabus Benak Jiwa Kesepian...
**nota kaki, conteng nota di kaki... blurr~
Tuesday, June 23, 2009
hari ini.
aku bukak balik myspace, selak² balik kawan² yg dah lama aku tak ketemu, buka semula semua folder pic mereka, baca komen² lama... aku senyum sendiri.. hmm..
zaman kegemilangan, mungkin defenasi tu agak sesuai dengan keadaan waktu tu.. huhu...
benda yg pernah aku inginkan, dikenali ramai, dalam samar²... terasa ingin mulakan semula dari mula...
**apabila kau sedang khayal melalui masa² mendatang, ingatlah, ada segelintir manusia, yang sibuk mengkuis² kenangan² indah, mencari kepingan² janji yg telah pecah berterabur umpama kaca kalimantang, yg dulu pernah menerangi..
Wednesday, June 17, 2009
Ekonomomani..
sampai di kaunter...
tettt~ tettt~ tett~(bunyik mesen scan)
"bro ambik sampoerna hijau 14"
tetttt~ (bunyik mesen scan)
.."smua sekali 9.80 sen" kata bro tak bro sangat yg jaga kaunter,
aku seluk kocek belakang, ambil beg duit.... hmm... aku termenung kejap.....
"roti dgn energy bar nih takyah la bro"...
pilihan yg tepat...
**lunch time tadi, aku duduk di luar ofis, memegang perut yg senak sambil menghisap rokok sampoerna...
Tuesday, June 16, 2009
Monday, June 15, 2009
bodoh!!
ketagih.. macam dadah!! bile dah cuba, pasti nak rasa lagi... sampai merah² mata aku, sampai berair hidung aku siall!!! meronta²...
dah la tu, bawak bender² haram nih jauh dari diri aku.. aku benci!!! ia buat aku ketagih lagi bila rasa.. mula² memang lah rasa sikit, sikit jer... lepas sikit, sikit lagi, pastu sikit lagi, pastu lagi, lagi, lagi, lama² habis sepeket!!! bodoh!!! dahhhh!!!!
**muka aku dah gatal, bebudak opis nih bawak sotong kering yg siap ader gula tu... arghhhhh!!!!! sedap!!!!!
buang masa..
e
s!!!
hehe..
ok dah..
**aku berjaya buang masa kau untuk beberapa saat.. aku pun tengah bosan gak nih.. hehe...
Friday, June 12, 2009
konfius
..."weh, ko saper?, maner asik?"
"aku lah asik, ko saper?"
..."aku asik la bodoh!!! ko saper? kau bukan asik, aku kenal dier!!"
"aku asik la... aku nih kau!! takkan kau tak kenal?"
..."aku maner ader misai!!!!"
"ha? yer ker?"
**adeh... aku ke tempat kerjer arinih dengan misai yg tebal.. dem!! balik beli gunting!!!
beberapa hari lepas..
"orang kata, bile satu couple tu brake up then dalam satu jangka masa yg panjang, dier orang bersatu balik, that mean orang tu adalah pasangan yg paling tepat sekali.. betul ker? hmm.."
beberapa minit lepas tu, hf aku berbunyi...
"hahaha, maner punyer novel cinta yg kau baca nih?"
aku pandang bontot nurse yg tengah tertonggeng², mengambil sesuatu di bawah meja...
spender pink.... aku sengeh sesorang....
maleh~
(maner meja aku nih?)
astaga... rupanya masih di tempat yang sama, cuma keadaan nyer jer yg tak sama, macam baru lepas perang.. kertas bersusun atas meja, stick note penuh satu screen, berselerak... sampai kat atas krusi aku pun penuh dengan pelan yg aku kener buat.. adeh.... kesimpulannya,
aku sangat bz... adeh... raser cam nak brenti jer camnih.. :(
**tolong²,aku lemas dalam paper A1... arghh, aku tak reti berenang!!!!
Tuesday, June 9, 2009
lalalalal~
Thursday, June 4, 2009
menjengah ke luar tingkap.
jumaat lepas aku ambik T irminia n regalis.. dedua ada kat rumah, aku mintak ma bawakkan kalau dia datang petang nanti.. huhu... ma bising betul..
"kau nih, terlepas kat hospital nih nanti?".. aku senyum jer...
nanti kalau berkesempatan utk kluar lagi, aku akan tangkap gambar n masukkan dlm blog nih ok.. berdoa supaya aku tak kener pindah, aku taknak berada jauh dari sini.. kalau boleh aku nak mati kat rumah aku....
Friday, May 22, 2009
harga seorang kawan.
"kalau takder hal, jemput datang rumah seed, makcik ader buat kenduri sket, lagi satu ader bender makcik nak tunjuk kat kau....."
tetiber kepale aku teringat kan sesuatu....
hmm........
**tak dapat bayangkan macam mana seorang ibu menghadapi kehilangan yang paling besar sekali...
addict
aku : hye, saye baru kat sini, nak tumpang tanyer last time ader tengok tread u nak jual poecilotheria regalis dengan psalmopoeus irminia kan? still ader lagi tak?
eugnetj : ada lagi bro, u nak?
aku : braper eyh harge dier?
eugneth : regalis tu i bagi u myr45 n irminia i bagi u myr50.
aku : tak boleh nego lagi ker bro? irminia tu bagi 40 ker.. braper besar arr bro?
eugneth : ala bro, tu pun mura dah bro, regalis tu dlm 1inch, irminia kurang 1 inch..
aku : dedua female ke bro?
eugneth : aiyo, kecik lagi ma, susah mau beza..
aku : nhandu chromatus pun u ader kan? ok, i angkat tu skali, braper u boleh bagi kurang?
eugneth : ayo bro, itu white stripe birdeater sula takder la, ader orang dah beli..
aku : hmm... kurang lagi la broo...
eugneth : ok la ok la... dedua i bagi u myr90.
aku : ok bro, nanti next week i ambik.
dengan hati yang berbunga²... gaji owh gaji...
kurang selera berfikir.
kepala aku berpusing² mencari hala tujuan, sekejap aku duduk, sekejap aku bangun dan masuk ke dalam bilik, kemudian aku keluar semula mengambil hf, lihat kalau² ada yg reply, kemudian aku masuk semula ke dalam blik, lepas tu g dapur, bukak peti sejuk..... waaaa... sungguh menyeramkan.. umpama rumah hantu mini... aku cakap plastik sampah, dan mula menyelongkar rumah hantu mini itu.. habes semua yang tak sedap mata aku pandang aku buang... hehehe.. time² mak aku takder adalah time yg paling sesuai untuk selongkar rumah hantu nya itu....
selesai, perut aku terasa lapar.. aku kembali duduk di depan tv, adeh.. "keliwon"... sesuatu yg kurang enak ditonton ketika berseorangan... lantas aku keluar, hidupkan enjen kereta, dan meluncur laju menghala ke bandar melaka, untuk apa? entah, meby untuk makan nasik lemak di old town...
sampai sahaja setengah jalan, aku berhenti sebentar di tepi, memandang ke hf... adeh, terasa malas pula.. huhuhu... lalu aku patah balik... huhu... pendirian yg tidak tetap...
aku memang selalu macam nih, bila sampai masa aku sedikit kebuntuan, aku akan kurang selera berfikir, dan ketika kurang selera untuk berfikir, macam² perkara yang akan terlintas untuk aku lakukan samaada dalam keadaan sedar mahupun tidak...
pernah sekali dulu, aku khayal menunggang motorsikal, dan bila aku tersedar, aku dah berada di bandar muar.. singgah di 7e, kemudian memandu semula pulang ke melaka... best kan?
keadan sama seperti sekarang, aku sangat malas untuk berfikir.... aku pun tak tau aper aku nak buat kat office yang sejuk nih... hmm...
Wednesday, May 20, 2009
semalam yg suram..
teringat masa dulu, aku pernah berlari dengan sebujur tubuh tegak kaku yg terbaring depan aku nih, sewaktu kami sama² bakar campak mercun dalam post guard.. pernah berlari ketawa bersama ketika dikejar pakguard apabila sama² masuk ke kawasan hostel prempuan semata² nak buat suprise kat gadisnya dengan melambakkan jambangan bunga ros merah di depan pintu bilik gadisnya yang sangat dia sayang.... pernah dia bergurau dengan aku dulu... "aku kawen, kau jadi pengapit kipas aku ok? kalau kau kawen.. hmm.. takyah pengapit, aku taruk kipas angin kaki jer sblah kau.."
aku gak pernah berseloroh denganya.. "a packet of weed, is like a packet of orgsm..."
"a woman that u love, is like full package of all kind drug that u take in your whole life" dia memang sorang mat bunga yg kental...
tapi tu cerita 4 tahun lepas...
keadaan sekeliling sangat memilukan, ibunya duduk di sisinya dengan al'quran, sambil membaca dan sedikit teresak², tanda tidak dapat menerima pemergian sekujur tubuh tegak kaku yg terbaring depan aku tu.. bengkak mata ibunya menangis bagaikan ditumbuk berkali² tepat ke mata.. tepat ke mata hati..
bapanya hannya diam duduk di luar pintu rumah, sambil memegang senaskah yasin.. sorang anak kecil, duduk di samping bapanya... muka yang bersahaja... tetapi sesekali berubah wajah, berkerut dahinya cuba memahamkan keadaan apa yang berlaku..
sejenak kemudian, dia terpandang sesuatu.. lalu beredar dari ayahnya, pergi ke pasu bunga, memetik bunga kertas.. dah terus ke ibunya.... jelas sekali aku dengar perbualan anak kecil itu... "kenapa mak nangis? nape along tido? along dah mati ke?" berkerut lagi dahi anak kecil tu bila ibunya hannya diam... ibunya merangkul anak kecil itu dan berbisik perlahan.. "along nak rehat..." anak kecil itu terpandang sesuatu di luar.. tersenyum, lalu dia berlari keluar rumah....
di kawasan perkuburan, sebelum allahyarham diturunkan ke lahadnya, sempat aku tolong buka ikatannya, aku selak kain yg menutupi mukanya, mukanya kelihatan biru, bibirnya mengelupas... keadaan menjadi semakin suram apabila si ibu mendukung adik kecilnya, berdiri di sisi dan berkata... "bagi salam kat along, lepas nih tak dapat jumpa along lagi..."
...... ... .... .. . . . . . . .
aku bersandar pada kereta...
dem!! mungkin macam tu lah keadaan sekeliling aku kalaulah minggu lepas...... hmm....
tapi aku yakin... dia puas dengan tindakannya.... jauh di sudut parking kereta, seseorang gadis bertudung, duduk bersendiri mendiam kan diri di dalam kereta...
allahyarham zuzaidan bin zulkipli
1985 - 2009
al fatihah....
**dia meminum racun dalam bilik tidurnya, tapi dalam C.O.D repot, tertulis dia keracunan..
Thursday, May 7, 2009
gadis comel yg degil..
..."mana kau pergi? aku rindu sangat dengan bau kau"
aku tarik tangannya, dia duduk di atas peha ku dengan manja, merebahkan tubuhnya ke dadaku, merangkul erat bahu ku, sambil berbisik dengan manja, rapat di telinga kiri ku...
"sudah lah syg~ kau takboleh teruskan begini, bangun dari khayal kau, cuba hadapi kenyataan"
aku hannya diam, sedikit kucupan pada bahunya ku berikan.. sambil menarik nafas dengan panjang.. urghh.. aku rindu dengan bau nih...
..."plz, jangan tinggalkan aku, aku takut dengan keadaan begini"
aku rangkul pinggangnya dengan kuat, genggam bajunya... dia diam, aku terasa sedikit hembusaan nafasnya ke telingaku..
"tapi cet... .. . . .. . . . . ."
tanganku disentap sekuatnya sehingga aku terbangun dari sofa.. berdiri, kaki ku menggigil, tiada langsung daya.. dan aku rebah semula.. pipi aku ditampar²... kemudian dari jauh, aku dengar suara jimmy, samar², dan bergema.. "i've told u bro, stop taking that stupid stuff!"
**-bangun pagi tadi kepala aku sangat sakit..
-appoiment dengan doc kol 1. malasnyer...
Tuesday, May 5, 2009
sila ketuk kepala aku dengan kuat dari belakang bahagian kanan kepala..
"hye sayang, dah lama aku tunggu kau disisi katil"
dan jika keluar soalan "siapa aku?" dari mulut aku sendiri, sila yakin kan aku, bahawa aku adalah crist martin...
hari nih..
kau pernah bayangkan tak sekiranya kehidupan kau selepas ini penuh dengan kekesalan, penuh dengan tangis, dengan kegelapan, semua benda yg kau buat, terasa seperti ada saja yg tak kena, apa yang akan kau lakukan apabila kau kehilangan seseorang yg sangat² kau sayang? apa yg kau perlu lakukan apabila orang yg kau bergantung harapan hilang begitu sahaja..
"lupakan saja, semua manusia akan lalui semua nih"
memang senang cakap macam tu, aku pun pernah cakap gak pada sorang kawan aku yg kehilangan seseorang yg sangat berharga untuk dirinya... sekarang, tak guna cakap begitu pada aku... kerana aku pernah rasa kehilangan seorang ayah yg hidup bersama aku sejak aku kecil lagi, dan sekarang, mungkin aku akan kehilangan seorang lagi orang yg aku sayang lebih dari nyawa aku sendiri...
ingin tahu bagaimana rasanya? ok kepada sesiapa yg takpernah rasa kehilangan seseorang yg kau sayang, mari duduk, nyalakan sebatang rokok, dan dengar aku bercerita tentang perasaan aku..
sekarang nih, aku rasa jantung aku berdenyut dengan sangat kuat sekali, sangat² kuat, terasa aliran darah semakin penuh dalam jantung aku yg sangat kuat mengepam, terasa sangat sakit, umpama belon kecil yg diisi air sepenuh²nya dan menunggu masa untuk meletup tersiat dan mati!
terasa seperti sedang lemas dalam laut yg takder panghujung, setiap sedutan nafas aku dipenuhi air berbisa yg menyelinap masuk ke dalam setiap rongga² hidung, kemudian naik ke mata, memenuhi telinga yg membingitkan, dan akhirnya memenuhi setiap urat otak! bisa!!! sangat bisa!! lebih bagus mati dari merasa siksa macam nih!!
terasa seperti seluruh bulu roma aku meremang, seperti di cucuk berjuta jarum halus di setiap sudut kulit aku dari kaki sehingga ke muka. aku terasa macam nak koyak² kan setiap inci kulit aku agar tidak lagi terasa sakit yg sebegini, sakit mengoyakkan kan kulit pun tidak pedih macam nih!
aku rasa macam takder lagi esok, takder lagi lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan, takder lagi masa² yg akan datang, kehidupan aku sekarang bagaikan kiamat! sila sentap roh aku dari jasad sekuat²nya agar aku tak hilang pertimbangan!
setiap gerak geriku, setiap langkah aku, setiap perbuatan aku, penuh dengan memori dari kau! aku terasa seperti ingin mati agar tidak lagi dapat melihat kau lagi, yg sedang bergembira ketawa tersenyum berlari dengan orang laen!!
kenapa dunia nih terlalu kejam?!! mudahnya kau membuat aku jatuh cinta pada diri kau kemudian apabila aku dah hannyut jauh ke tengah, kau lepaskan pendayung, terjun ke laut dan tinggalkan aku seorang.. sayang, u know i can't swim....
aku rasakan macam ingin kunyah seberapa banyak ubat penenang yg aku ada agar aku dapat lena dan melupakan kau walau pun seketika, walaupun aku akui, kau juga tak pernah melepaskan aku dari pelukan erat yg penuh dengan kasih dan sayang dalam mainan mimpi aku sendiri.. walau aku akui, apabila aku bukak je mata keesokkan harinya, nama kau akan datang dahulu mengucapkan "selamat pagi sayang" dan bermain dalam fikiran lebih awal dari nama tuhan...
**sampai bila... aku harus menipu diri sendiri.. tuhan, tolong lah, beri aku satu lagi peluang, dan aku akan buat yg terbaik untuknya...
Was tun, wenn's brennt?
saje aku selam² tadi, tiba² teringat satu cerita lama yg pernah satu masa dulu aku gila² kan, habes semua kawan² aku, aku paksa tonton cerita nih.. zaman² muda², zaman darah masih panas, zaman jiwa pemberontak, zaman aku berpesta melompat memekik di jalan...
hm.. aku crita sikit.. crite nih mengisah kan sekumpulan anak muda group 36 yg mengamalkan cara hidup anarko kental gila babi.. setiap orang ada kebolehan masing², dan bila sudah dewasa, sesuatu telah berlaku akibat dari zaman remaja dulu, skrang, sesetengah dari mereka dah berjaya,sekarang, mereka cuba untuk dikumpulkan semula dan cuba menghapuskan bukti yg berada dalam quarentin polis.. kat situ lah timbul konflik² spt pendirian, kenangan, cinta lama, pegangan, dll..
banyak moral of the story yg kau boleh dapat, spt kesilapan yg telah dilakukan pada masa lalu, hannya boleh dibetulkan jika kau benar² berusha, tidak perlu menyesal, beside, hannya perlu mencuba... walaupun kadang kala tidak berjaya, setidak²nya kau mencuba..
cerita nih sangat best, balik nih aku teringin nak tengok lagi sekali.. sanggup aku bukak semula almari yg menyimpan barang² lama aku... sumpah best, kepada sesiapa kaki movie, tolong lah cari cerita nih dan aku nak dengar pendapat kau orang..
nih adalah scene yg paling aku suka....
**sial, aku tergigit lidah, blood melambak kluar dengan karipap sardine yg aku kunyah.. dem!!
melayu disko (malam selasa)
..."fuck u jimmy..... boleh tolong hantar aku balik rumah?"
Monday, May 4, 2009
tawa?
"asal mamat nih cam tawar jer? cam tak berminat nak berbual"
"asal mamat nih cam tak berminat nak bergaul pun?"
"asal mamat nih sombong jer?"
sabtu lepas aku duduk berseloroh sambil makan sesorang di satu fast food kat hangtuah mall.. giler lamer tak makan pizza.. pedulikan dengan keadaan sekeliling, dengan bisik² halus, aku dapat rasakan, semua yg berada di dalam kedai tu sedang berbisik halus sambil memandang ke arah aku.. dari pelayan yg comel² ambil oder tadi, sampai lah sorang mamat dslr tanpa speed light bersama gfnya yg acah² lawa..
tah la, mungkin perasaan aku jer... eh? aper yg aku nak cerita kan tadi ha? adeh, lupe dah.. takper lah.. abaikan... kepala aku sakit, paint killer, come bebeh n make me high...
melayu disko (malam jumaat)
..."sorry, aku bukan manusia" jawab aku.
..."satu tahun yg lepas, aku duduk di club macam nih sambil minumn beberapa botol heiniken, n skrang, aku still duduk di club sambil minum heneiken, beside, lebih banyak dari dulu."
"ha.. tu pun kira berubah la tu bang, dulu sikit, sekarang makin banyak."
..."bukan patutnya berubah kepada someting yg lebih baik ker jimmy?"
"aiyo bang, just drink n get drunk, it's not that bad lor bang"
..."ah ho tak minum ke jimmy?
"dulu dia minum kuat, but after kenal sama nancy, dia trus stop"
..."hmm.. i dlu pun pernah stop minum, pernah stop smoke"
"why eyh?"
..." i tukar smuer tu dengan someting yg lebih bermakna dlm my life"
"what? amoi ka?"
aku just diam...
..."kalau u nak tau, i balik mlk nih pun cox nak brubah, nak jadi lebih baik, mau jadi manusia."
jimmy just angguk tanpa pandang aku, tanda dah malas nak layan aku merepek. then someone datang kat dia n bisik someting.
"u mau balik pukul brapa tadi sik? before 1 ait? ok now u kena balik lambat sikit.. polis dah rush, pintu bawah dah tutup.. hahaha... u clear tak bro?"
..."tak"
"anyting krang, u call me, nanti i'll pay that police.."
aku diam je... hati dah tak kesah pun apa yg akan jadi pada diri aku sendiri.
..."jimmy, u mau kawen time umur u brapa?"
"ayyoo bang, u duduk termenung sini dari tadi cox pk pasai kawen ka? hahaha..."
aku capai rokok, gigit sebatang, pantas jimmy kluarkan zippo..
"chill la bang, kalau ada jodoh, tak kemana"
**n mlm tu aku ditahan kat balai polis melaka tengah smpai 5pagi sbp kandungan parasitamol berlebihan dlm urine.. aku plak bleh terlupa bawak surat doc. thanks jimmy, i know u pay that stupid police, btw, great b'day party..."
Thursday, April 30, 2009
kamis..
6.30am - 8.30am : jogging, bersenam, mandi, belek² gambar..
8.30am - 9.30am : panas enjen kreta, g kerjer, bawak slow, beli sarapan..
9.30am - 10.30am : sampai opis, on pc, bwat air, check email, sarapan..
10.30am - 12.30pm : email, blog, forum, e-bay, youtube, edit gambar, dll..
12.30pm - 1.00pm : bwat² sibuk cox bos dah masuk, sambil² kemas² meja sket..
1.48pm : baru prasan ader kerjer urgen nak kener hantar, so bwat sket..
2.00pm : dah bosan buat kerjer, sambung semula acara rutin.. (semak 10.30am - 1.00pm)
2.30pm : designer tanyer pasal kerjer tu, sambung balik bwat kerjer
2.40pm : dem!!! bosannyer..
3.00pm : ok dah lapar.. nak turun malas, so... hm.. blog jap..
4.13pm : la dah kol 4 lebih rupernyer... patut la lapar semacam.. takper, layan window shopping kat ebay dlu..
4.52pm : balik..
WTF going on with my life?.......
**McD?
hidup segan mati tak mau..
tak sampai pun 15 minit aku nak buat kerjer, tiba² tekak aku rasa loya, mual, kepala pusing², mata jadi kabur... urghh... aku raser, penyakit lama aku datang balik...
"penyakit melayu malas"
**sampai biler gaknyer...
tegar..
lepas tu tengok nih...
pastu baru tengok yg nih...
cool kan mike relm nih...
Wednesday, April 29, 2009
This Is OLd SKoOL BebEH~
maser nih mak aku pun baru kawen... hehe, giler rare..
**urghh.. perut dah mula lapar...
bang bang bomm!!
..."sedang bercuti, bersama orang yg aku inginkan bersama"
."aku ker tu?"
..."tak lah, dgn kau bwat per? tak menyeronokkan langsung!"
."bis tu dgn sape?"
..."orang yg aku inginkan bersama"
."yer lah, saper namer dier?"
..."orang yg aku inginkan bersama"
."kau nih dah giler ker?"
..."gila dengan orang yg aku inginkan bersama"
."pufffffff~!!"
..."whatever.... asal aku dapat bersama dengan orang yg aku inginkan bersama"
."sekali lagi kau cakap camtu, aku tumbuk perut kau"
...(diam)
."bagus.."
..."nak tau siapa?"
."nak nak!!"
..."orang yg tak ingin bersama aku"
**tiada kena mengena dengan tajuk... hehe..
Tuesday, April 28, 2009
berbalah..
aku duduk di dalam kereta, merenung hf... walau aku tahu, yang aku harapkan, tidak akan berlaku... jadi aku turun dari kreta, bukak bonet dan kluarkan tayar spare...
skrang nih aku selalu datang awal ke pejabat, bukan untuk menyiapkan kerjer, tapi hannya untuk mencari sedikit kabar berita.. itu pun jika ada... resah dari malam semalam menyelubungi setiap inci badan aku.. jari aku menggigil, mata berair, setiap ceruk kulit terasa seperti meremang, seperti ada saja yg tak kena..
setiap perkara yg aku lakukan, pasti ada saja kenangan yang akan mencucuk² minda...
nat terakhir aku pasang, turun kan jek kreta, dan ketatkan tayar... lantas meluncur laju ke tempat kerja...
on pc, login....
hmm...
"mungkin tiada apa yg ingin dikatakan.."
Monday, April 27, 2009
semalam yg malam..
satu² almari aku punggah, segala kotak² lama aku selongkar, semuanya penuh dengan santimental value stuff.... btw, aku nih jenis sorang yg suka menyimpan barang² enteng.. mcm ticket bas, ticket wayang, tag genting... hmm.. semuanya penuh dengan kenangan, walaupun pada azalinya hannya sekeping kertas, tapi bagi aku, ianya penuh dengan suka duka tawa...
terjumpa jugak zine² lama, flyers gigs, huhu... zaman lompat² sepak terajang lari jatuh... hehehe...
banyak gak buku² lama aku jumpe, tak tertinggal buku conteng time sekolah dlu, buku conteng time kolej dlu.. dan 5 bijik diari dari aku pertama kali belajar menulis dalam diari maser tingkatan 3 dlu.. hahaha... aku selak selai², tersenyum... :)
gambar² dari aku sekolah rendah dlu pun ada.. tersenyum lagi... :)
sebenarnya, dalam hidup nih, bukan semua yg buruk itu penghujung cerita..
hujan yg turun lebat bukanlah petaka, tapi petunjuk dari tuhan, yg akan mengurniakan pelangi untuk kita..
melayu disko
ha? aku terpinga²...
"ow bru i ingat, kita pernah jumper kat kl rite, hmmm... but i tak prasan la kt maner ek?.."
ha? lagi sekali, oww.. aku pura² kelihatan cool..
kotak rokok aku dicapai, digigit sebatang dan memandang pada aku, mintak nyalakan lah tu.. aku buat tak tau, kebetulan kawan ku lalu di belakang, aku tarik tangannya..
"jimmy, aku kluar jap, duduk sini, nih kenalkan, member aku, baru kenal tadi"
"eh!? u mau pigi mane?", sambut jimmy.. mamat nih aku baru jer kenal beberapa bulan lalu, tapi sangat² sekepala, dan mengambil berat..
keadaan sangat padat di dalam, susah untuk bernafas, penuh dengan pergerakan melayu² disko.. aku kurang suka dengan keadaan nih sebenarnya, tapi disebapkan perlawaan jimmy, ah, ikut jer lah...
di luar, penuh dengan makhluk² stylo mylow berpakaian kelabing (clubing), aku nyalakan sebatang rokok, dan pandang menghadap ke laut, melayan kepala yg sedikit pening dan berdenyut²..
tiba², beberapa orang berlari masuk ke dalam, dlm hati aku mengatakan.. gaduh.. duh!! aku pun menyerbu ke pintu, kelihatan berasak² orang keluar, dari luar kelihatan botol bertebangan, bukan satu dua, tapi sangat banyak.. jimmy tarik tangan aku... "bang, jom blah"...
aku tanyer dier, macam mana boleh gaduh?
"tah la aku pun tak tau tiba² jer botol terbang.."
Tuesday, March 17, 2009
Tuesday, March 10, 2009
hari ini hari selasa
skrang dah kol 1.38pm, dan aku blom makan ape² lagi dari pagi, hannya secawan kopi pekat yg dah sejok... dari pagi tadi gak lah aku tak hisap rokok lagi... peha aku sakit giler, sampai susah untuk berjalan.. penangan paintball.. dah lame tak bersukan, atau lebih senang, dah lama tidak bercampur masyarakat... k lah, nak g beli roti kat kdai kek hujung jalan sane,adeh, tapi malas betul nak berjalan macam orang sakit buasir nih...
tetiber teringin makan laksa.. hmm..
**laksa baba?petang nih, jum...?
Monday, March 9, 2009
catatan malam tadi
takda yg menemani, aku sedikit kaku seorang, meja² laen smuer penuh dengan muda mudi yg sedang menghayati hiburan,berbual, gelak tawa, renung mata, tapi aku sunyi sepi seorang dalam lingkungan meja bulat yg kecil, dalam lingkungan dunia aku sendiri, yg terasing jauh, tenggelam dari suasana..
aku pasti, hannya aku seorang jer yg sedang kusyuk menulis tentang perasaan perasan hati sedniri yg sibuk memerhati keadaan sekeliling, aku pasti hannya aku sahaja yg sibuk menulis nota di dalam buku.. haha.. bukan tidak mahu bukak laptop, tapi aku memang takde laptop, aku tak mampu, aku tak reti, aku tak biasa.. huhu...
lagipun aku dahlamer tak menulis.. tangan dah kaku, asik sibuk menekan², takut terlupa macam mane nak tulis.. hehe.. tulisan cakar ayam nih dah berubah menjadi tulisan cakar beruang panda yang sedang stress di dalam zoo.. hahaha.. aku sendiri pun kadang² terpaksa mengerutkan dahi untuk membaca kembali..
aku jamah sedikit roti yg disapu dengan blackberry jem, teguk sedikit oldtown white cfe, sedap, dan memuaskan anak tekak.. dah lah, tak tau nak tulis ape, mari makan dan sambil melihat telatah manusia sekeliling.. nonton wayang best nih...
**aku nonton WATCHMAN mlm tadi, hampa, 12.40am hingga nak dekat kol 3 pagi yg membosankan, smuer WATCHMAN yg berlakon hannya menyaksikan adegan panas dan adegan tidur dengkur penonton dalam wayang.. aku? memerhati sambil ketawa.. haha...
Friday, February 20, 2009
mati.
rupa² nye ader seorang pelukis negara meninggal dunia beberapa hari yg lalu.. hmm..
time aruah dah meninggal, barulah ramai yg melawat..
biasernyer, orang yg dah mati barulah dapat anugerah pingat darjah kebesaran bla..bla..bla..
hmm, kehidupan, biaser lah tu, time hidup, sorang pun tak perasan, bile dah takder, baru nak bagi itu dan ini, bagi pun bersebap.. boleh pk kan sebapnyer? huhu.. kejam kan dunia?
aku terus terfikir, agaknyer, kalau aku mati nanti, ader tak orang yg seramai mcm nih datang ke hospital melawat aku n ader ker tak gaknyer nak bagi aku pingat dato ke haper ker... aku pun pelukis jugak... hmm...
ups, luper, aku pelukis murahan..
**perlu cepat keluar dari sini, kalau tak nanti aku mati, penuh lagi hospital nih.. huhu..
Thursday, February 19, 2009
the hardest part.
waking up without u...
without ur msg...
withour ur smile...
wihout ur voice...
Sunday, February 15, 2009
kambeng
selamat hari kekasih
Friday, February 13, 2009
terima kasih cinta
"terima kasih cinta"
sesekali larikan diri dari masalah, indah jugak kan? ;)
jauh, tapi aku pasti dia mendengar...
terpaksa tangguhkan semuanya hannya kerana ikut rasa hati. tak mengapa, sekurang kurangnya, aku berusha.. ;) itu pun dah cukup, untuk aku yg tak seberapa.
hey, panjang umur nanti aku upload gambar bersama kambeng2 ku.. ;)
kepada kamu kamu, terima kasih kerana berdoa.. ;)
Tuesday, February 10, 2009
tumpang semangat
dulu aku takpernah mengerti dengan kehidupan seseorang yang serba kekurangan, manusia, takkan sedar selagi tidak terkena pada batang hidung sendiri, sukar untuk beringat sebelum terkena, dan bila sesuatu masalah datang menimpa, kadang kala kita boleh atasi sendiri, tapi kadang kala, kita akan perlukan seseorang untuk memberikan sedikit semangat untuk terus berjuang, dan kadang kala, kita akan menjadi tempat untuk seseorang bergantung, menagih semangat untuk mendorongnya, walaupun tidak diminta secara terus terang..
kadang kala kita tak sedar, seseorang yang memberikan semangat kepada kau, sedang menipu dirinya sendiri, dia sentiasa menasihati kau dengan kata2 semangat, mendorong diri kau untuk terus berusha, kau tak sedar sebenarnya, setiap suku2 kata2 yang keluar dari mulutnya itu, sebenarnya tidak hannya ditujukan kepada diri kau, tapi, untuk dirinya jugak.. tidak mahu kau mengetahui perkara sebenar, kerana risau kau akan kehilangan semangat. kehilangan segala semangat yang telah dia berikan untuk diri kau waktu kau lemah.
walaupun kau pernah bertanya kepadanya tentang kebenaran, tapi dia tetap akan menidakkannya, risau kau akan jatuh sakit semula, bunyi seperti sedikit pengorbanan dari dirinya, tapi dia takpernah fikirkan segala yang dikorbankan, hannya untuk melihat sedikit gelak tawa riang dari diri kau, kerana itu pun sudah cukup untuk mengubati dirinya. kerana memberi semangat kepada kau, bererti memberi semangat untuk dirinya sendiri.
after penat berjalan semalam, aku lepak makan baba laksa dulu, then baru balik, someting yg kau kena cuba kalau kau datang ke jonker walk, tapi make sure dulu kau jenis yg tak kesah dan boleh makan kat kedai cina ok?
don worry la, no poke maa~
;)
**lapar, tapi mata nih mengantuk sangat.
tenang
kadang2, kau perlukan seseorang ataupun sesuatu untuk menenangkan hati, merehat kan fikiran, cuba sedaya upaya untuk melupakan yang pahit, dan kadang kala sehingga terpaksa mengabaikan kenangan2 manis untuk mengelakkan dari menangis sendiri lagi. pergerakan juga agak terbatas, terpaksa mengelak dari tempat2 yang boleh membuatkan aku terfikir dan kecewa..
ini blacky, anjing aku, masih kecik lagi, baru putus susu, blacky suker giler minum susu kambing, best kan? hehehe.. aku masih tak faham dengan sesetengah golongan orang2 kita terlalu batak dan otordox dengan otak melayu yg malas untuk memikirkan sesuatu..
**cuti lagi, sakit kepala makin teruk, selsema tak kurang, sakit pinggang, dem!!
Monday, February 9, 2009
kemarin
gerak dari mlk agak tengah hari, cox pada mulanya aku sangat2 malas nak g sorang, sekali member aku nih plak bleh nak serbey tempat gig minggu depan kat sremban, sangat exited dier cox akan keuadara lagu untuknya dari seseorang, hmm.. myspace, macam2 boleh jadi.. cinta buta..
sampai kl, aku tunggu paes untuk ambil album gambar majlis perkahwinan abg aku, macam tunggu kekasih yang takkan hadir rasernyer, hahaha... aku call ely ajak lepak samer, dier agak exited setelah aku racun dengan burger keluaran amareka, dier kelihatan agak tidak terurus.. hmm..
last2, aku terus ke rumah oat, borak2 dengan dier orang, criter pasal anjing, pasal kambing, pasal kehidupan, pasal hati dll, ambik album, lambung balik, b4 that, aku tinggalkan ely dengan sedikit nasihat, bkn nk tunjuk pandai dude, cuma aku bercerita dari pengalaman, thanks jed sebap sanggup ikut aku sampai ke mlm..
Wednesday, February 4, 2009
kisah kedai roti
malam hari
malam tadi pusing2 di bandar melaka, berseorangan dari hospital, sampai ke bandar, setelah pusing2, aku buat keputusan untuk makan di old town, rindu dengan nasik lemak oldtown dan perasaan2 disitu, teringat pula bahawa aku ada sorang kawan yang tinggal di bandar. so aku call la makhluk halus nih.
balik dari old town, si mangkuk hayun nih suh singgah petronas jap sebap dier sakit perut yg sangat2. meby sebap sambal nasaik lemak old town yg agak pedas untuk perut dier tu, berlari dier ke toilet, bile aku brenti kat petronas tu, aku pn masuk la gak kat toilet sebap nak terkucil.
si makhluk halus nih dah masuk dlm toilet dulu melepaskan hajatnya, jap g datang sorang mamat nih berbadan besar, berjalan sambil mengepit2 dan sedikit membongkok, dier ketuk pintu toilet tu dengan sekuat2 hati.
Tuesday, February 3, 2009
aku perlu ke sini sebelum sampai hari mati
selain koh samui dan koh phangan, satu lagi tempat yg harus aku pergi, koh phi phi. untuk kau orang yg gilakan cerita The Beach lakonan leonardo dicaprio, seperti aku, kau pn harus kesini. mari kumpul sedikit duit dan tetapkan tarikh (khas untuk wanita sahaja) ;p
**pantai!!
**aku nak kluar dari sini!!
The Greatest Recycling Project of All
“Jika seseorang itu kurang beramal dan mengumpulkan bekalan untuk ke akhirat, maka dermakanlah organ terutama kornea mata dan jantung. Mungkin perbuatan yang cukup mudah ini bukan sahaja dapat menambahkan pahala malah ia akan menjadi penyelamat daripada neraka atau perisai kepada dosa-dosa kita selama ini”
Bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz.
pernah terfikir tentang bender nih? agak berat jugak sebenarnya kalau kita tak tahu ape2, di malaysia nih jer, sangat ramai yang memerlukan organ, terutamanya masyarakat melayu, dan bila aku criter pasal melayu, fokus utamanya tentu2 lah islam.
atas nih carta bilangan penderma untuk beberapa tahun lepas dari Pusat Sumber Transplan Kebangsaan (NTRC) di hospital kl, menarik kan? satu negara yang majoritinya bangsa melayu, mempunyai pratus yg sungguh memalukan.
dah lama dah aku terbuka hati untuk jadi penderma, kadang2, bila memikirkan tentang seseorang yang sangat2 memerlukan, jiwa nih jadi hiba sangat, sesetengah orang tak pernah langsung terfikir pasal benda nih.
macam tu jugak aku dulu, langsung takpernah terfikir untuk jadi penderma, but someting happen, membuatkan aku terfikir, macam mana kalau perkara nih kena pada keluarga aku sendiri?, macam mana kalau kena pada orang yang kau sayang?
hannya kerana kurang pendedahan dan takut, menyebapkan seorang lagi manusia tidak dapat meneruskan kehidupannya, padahal sewaktu kau mati nanti, semuanya tidak berguna lagi untuk diri kau. salahke kalau didermakan pada yang memerlukan?
sebenarnya, tiada halangan dalam agama untuk menderma organ, ia terletak pada hati kau, kalau niat kau iklas, kekuatan akan datang. takkah kau rasa sangat bermakna bila kau dapat memberikan kehidupan kpd seseorang yang sangat2 memerlukan?
takperlu fikir lagi, hidup dan mati tak siapa tahu bila..
atau pun pegi ke Institut Jantung Negara. call Sister Noorsalina Othman 03-2617 847
**rindu seseorang yg memerlukan
**batuk selsema masih belum sembuh
**penyakit susah tidur menyerang